Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

EntertainmentMusic
2 Jul 2025 • 4:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Detik yang ditunggu-tunggu semakin hampir tiba. Peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti sudah tidak sabar ingin menyaksikan konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars pada hujung minggu ini! 

Konsert yang dijadualkan selama dua hari pada 5 dan 6 Julai, jam 8.30 malam itu menjanjikan sebuah persembahan yang menggegarkan pentas dengan vokal bertenaga, rangkaian lagu ikonik dan produksi bertaraf dunia. 

Konsert bersejarah ini menandakan satu lagi pencapaian gemilang selepas kejayaan dua persembahan yang laris tahun lalu.

Dikenali dengan vokal memukau, aura pentas yang menawan serta pesonanya yang mampu memikat hati peminat merentas generasi, Siti bakal membawa penonton menyelusuri perjalanan seni menerusi rangkaian lagu popular yang telah mengukir sejarah dalam industri muzik tanah air.

image is not available

Sempena ulang tahun ke-30 dalam industri, konsert mega ini bakal menjadi pentas berprestij yang meraikan legasi kegemilangan beliau menyatukan peminat setia dan generasi baharu dalam satu malam penuh nostalgia dan kemegahan muzik.

Pada yang telah membeli tiket, anda memang peminat nombor satu! Pada yang belum, anda masih punya peluang untuk dapatkan tiket yang diidamkan. Masih belum terlambat. Namun, perlu cepat-cepat buat belian kerana ia adalah terhad.

Tiket untuk Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars boleh dibeli di https://rwgenting.com/.

Harga tiket bermula dari RM768 (VIP), RM658 (PS1), RM528 (PS2), RM398 (PS3), and RM278 (PS4).

Sebagai ganjaran, Ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10 peratus melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja. 

Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4. - Getaran, 2 Julai 2025