Tiket KTMB Habis Dijual! Tinggal Lagi 10,958 Tiket

LocalTravel
23 Mar 2025 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sebanyak 178,148 tiket daripada jumlah keseluruhan 261,116 tiket yang ditawarkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena Hari Raya Aidilfitri, habis terjual.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata daripada jumlah itu tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) paling laris dijual dan kini hanya berbaki sekitar 10,958 tiket.

image is not available

"Setakat jam 9 pagi tadi, sebanyak 107,038 tiket ETS terjual atau 91 peratus daripada keseluruhan tiket. Sebanyak 18,157 tiket (41 peratus) pula membabitkan mereka yang menaiki KTM Antarabandar.

"Bagi perjalanan menggunakan perkhidmatan tren Shuttle Tebrau pula, sebanyak 52,953 tiket atau 53 peratus sudah terjual.

"Bagaimanapun, bagi perjalanan ke utara pada 28 Mac ini sehingga 1 April sudah habis terjual dan begitu juga bagi perjalanan pulang ke ibu kota pada 4 sehingga 6 April ini," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved