TikTok hari ini sudah berhenti beroperasi di Amerika Syarikat, dan memaparkan notis kepada semua pengguna apabila membukanya – mengatakan perundangan mengharamkan TikTok telah berkuat-kuasa di Amerika Syarikat membuatkan pengguna tidak boleh menggunakannya.
Pada notis sama, ia turut dinyatakan Donald Trump telah menyatakan akan membawa kepada penyelesaian masalah ini apabila menjadi Presiden berkuat-kuasa 20 Januari 2025, iaitu esok.

Selari dengan perkara ini juga, kedai aplikasi Google Play Store dan Apple App Store turut telah membuang aplikasi berkenaan daripada kedai aplikasi masing-masing.
Sebelum ini, perundangan baharu telah dikeluarkan meminta TikTok menghentikan operasi di Amerika Syarikat atau menjual operasi mereka kepada syarikat di sana. TikTok cuba melawan perkara ini di mahkamah, tetapi gagal, membawa kepada pengharaman aplikasi ini di Amerika Syarikat.



