TikTok Dilaporkan Mungkin Melabur Pada Tokopedia Di Indonesia Untuk Menyertai Kembali Arena Edagang

TechnologyDigital
23 Nov 2023 • 12:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Indonesia sedia mengharamkan aktiviti dagangan melalui media sosial – sekaligus membuatkan TikTok Shop terpaksa berhenti beroperasi di negara tersebut. Lanjutan daripadanya, kini ia dilihat pihak TikTok sedang melihat kepada beberapa langkah dalam dapat terus meneruskan aktiviti dagangan di negara Indonesia.

Menurut Bloomberg, TikTok kini dalam perbincangan bersama GoTo Group untuk melabur pada Tokopedia. Perbincangan berkenaan dijangka mungkin membawa kepada pengumuman pelaburan dalam beberapa minggu akan datang.

image is not available

Ia dikatakan bukannya pelaburan terus pada Tokopedia, sebaliknya akan membawa kepada pembentukkan syarikat usahama di antara TikTok dan juga Tokopedia. Ini termasuk membawa kepada pembangunan platform edagang yang baharu.

Tetapi, terdapat juga kemungkinan TikTok melabur terus pada Tokopedia, sekaligus mungkin membuatkan perhubungan antara Indonesia dan TikTok lebih baik lagi.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah seterusnya fasa TikTok di rantau Asia Tenggara. Tidak mustahil sekiranya TikTok melakukan pelaburan pada syarikat tempatan, maka negara-negara lain turut memilih untuk mengharamkan operasi TikTok Shop dan memerlukan pelaburan tempatan dilakukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved