TikTok Dilihat Mula Tawar Ganjaran Berbayar Untuk Tarik Pengguna Baharu

TechnologyDigital
25 Jul 2022 • 10:58 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

TikTok sedia menjadi salah satu aplikasi popular, dengan angka pengguna yang tinggi. Dalam usaha terus mengalakkan penambahan pengguna-pengguna baharu, pihak TikTok dilihat menggunakan konsep rujukan, dan memberikan ganjaran kepada pengguna dalam menarik pengguna baharu.

image is not available

Ciri ini dilihat telah ditawarkan di beberapa buah negara sejak setahun dua yang lepas, tetapi hari ini menyaksikan sejumlah pengguna tempatan menerima notifikasi, dan mengalakkan mereka menjemput rakan-rakan baru ke TikTok.

Dari segi ganjaran, TikTok menawarkan sekitar RM55-RM65 untuk menjemput rakan-rakan baharu menyertai platform berkenaan. TikTok mengehadkan ganjaran kepada 10 jemputan awal sahaja.

image is not available

Malah, setiap jemputan tersebut perlu meluangkan masa sekitar 30 minit setiap hari selama 10 hari sebelum sesuatu ganjaran tersebut dapat ditebus.

Dengan langkah ini, kita mungkin melihat lebih ramai pengguna baharu menyertai platform tersebut dari hari ke hari, apatah lagi apabila menerima jemputan daripada rakan-rakan terdekat.