TikTok kini lebih mesra tablet & telefon lipat, boleh ditonton mendatar

Digital
21 Dec 2023 • 12:55 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Aplikasi media sosial, TikTok telah dikemas kini untuk membolehkan ia digunakan pada tablet dan peranti boleh lipat dengan lebih serasi. Kemas kini baharu tersebut juga akan memberikan pengguna paparan kandungan dengan "kejelasan yang dipertingkatkan".

Aplikasi tersebut juga telah menambah ciri baharu seperti pilihan bar navigasi pada bahagian atas dan bawah skrin untuk memudahkan akses tab dan video.

Tonton TikTok dengan paparan mendatar

Selain paparan menegak, melalui kemas kini tersebut anda juga boleh menonton video dengan paparan orientasi mendatar. Saiz paparan video akan dikecilkan, tetapi ia akan lebih selesa digunakan untuk tempoh lebih lama khususnya pada tablet.

image is not available

Mod mendatar baharu juga memberikan pencipta kandungan sudut baharu untuk mencipta video kerana ia tidak dikunci kepada mod menegak sahaja.

TikTok juga akan meneruskan percubaan dengan ciri seperti Suapan Topik, yang membolehkan orang ramai meneroka video daripada kategori seperti Permainan, Makanan, Fesyen dan Sukan.

Kemas kini tersebut sudah tersedia untuk digunakan, jadi pastikan anda sudah mengemas kini aplikasi TikTok pada tablet atau peranti boleh lipat anda untuk dapat memanfaatkan sepenuhnya ciri baharu yang ditawarkan. 

[Sumber: TikTok]

Bacaan berkaitan: