TikTok Labur RM7.02 Bilion, Sambung Semula ‘Online Shopping’ Di Indonesia

Technology
12 Dec 2023 • 4:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Syarikat aplikasi video pendek dari China, TikTok memberitahu akan labur berjumlah AS$1.5 bilion (RM7.02 bilion) dalam kumpulan firma teknologi terbesar Indonesia, GoTo bagi membolehkan semula perkhidmatan beli-belah online di negara itu.

Menurut laporan The Straits Times, TikTok Shop akan digabungkan dengan laman Tokopedia GoTo dan mempunyai kepentingan dalam mengawal firma tersebut.

TikTok labur RM7.02 bilion

image is not available

Difahamkan, TikTok akan mendapat 75 peratus kepentingan dalam gabungan tersebut yang akan menjalankan ciri beli-belah aplikasi media sosial TikTok di Indonesia.

Dengan perjanjian baharu itu, pengguna TikTok di Indonesia sekali lagi boleh membeli-belah menerusi aplikasi tersebut yang akan mula dilancarkan hari ini.

Pada Oktober lalu, TikTok secara rasminya menamatkan perkhidmatan beli-belah online atau TikTok Shop di Indonesia bagi mematuhi peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah.

image is not available

Merujuk kepada laporan United Press International, tindakan tersebut bertujuan untuk melindungi perniagaan tempatan yang sebelum ini menerima kesan daripada perniagaan secara dalam talian itu.

TikTok telah memulakan ciri membeli-belah secara dalam talian di Indonesia pada tahun 2021.

TikTok Shop ialah ciri yang paling pesat berkembang untuk ByteDance, yang mencari sumber pendapatan baharu melangkaui perkhidmatan media sosialnya yang dikenali ramai.

image is not available