TikTok Malaysia : Penghasilan Kandungan Meningkat Ketika Sahur Bulan Ramadan, Tontonan Meningkat Ketika Moreh

TechnologyDigital
1 Feb 2024 • 6:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok Malaysia kini telah mula berkongsi beberapa statisik platform berkenaan ketika bulan Ramadan, dalam usaha membolehkan lebih ramai bersedia untuk bulan tersebut yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Menurut TikTok, di Malaysia, pada bulan Ramadan, penghasilan kandungan meningkat sekitar 61% ketika waktu Sahur, berbanding waktu biasa. Selain itu, kadar tontonan juga dilihat meningkat mendadak pada TikTok ketika waktu moreh.

image is not available

TikTok berkongsi, secara keseluruhan kadar tontonan meningkat sekitar 73% pada bulan Ramadan di platform tersebut.

Pada tahun 2022, sekitar 3 juta video dihasilkan dengan tontonan mencapai 10 bilion tontonan. Sementara pada tahun lepas, 5 juta video dihasilkan dengan kadar tontonan mencapai 14 bilion. Untuk tahun 2024 ini, angka berkenaan dijangka akan terus meningkat mendadak – apatah lagi dengan lebih ramai bergantung pada platform tersebut, termasuk untuk jualan.