TikTok Membuang 1.5 Juta Video Pengguna Malaysia Kerana Melanggar Polisi

TechnologyDigital
15 Dec 2023 • 5:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok baru-baru ini telah mengeluarkan laporan suku tahunan Q3 2023. Dalam tempoh tiga bulan ini, sebanyak 136,530,148 video telah dipadam kerana melanggar polisi berkenaan kandungan propaganda, fitnah atau berita palsu dan sebagainya.

image is not available

Menariknya dalam laporan ini, turut terdapat data untuk pengguna di Malaysia. Sebanyak 1,555,199 video yang telah dipadam dan 90.8% video mengambil masa sekitar 24 jam untuk dipadam. Kebanyakan video yang dipadam ini adalah kandungan peperangan Rusia dan Ukraine serta turut terkesan adalah video politik Malaysia.

Jumlah lebih 136 juta video yang dipadam sepanjang tiga bulan ini hanyalah 1% daripada keseluruhan video yang dimuat naik dari 1 Julai 2023 ke 3 September 2023.