TikTok Memohon Tanda Dagang “Genie” Untuk Chatbot AI

TechnologyDigital
2 Jul 2024 • 3:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok kini dilihat telah memfailkan permohonan tanda dagang dinamakan “Genie” di Amerika Syarikat. “Genie” ini dikatakan merupakan sebuah perisian chatbot berasaskan kecerdasan buatan yang bakal ditawarkan oleh TikTok.

Penawaran “Genie” ini dijangka akan lebih menyeluruh dan menawarkan ciri-ciri tambahan berbanding dengan Tako sebelum ini. Sebelum ini, TikTok telah memperkenalkan Tako di Filipina, yang memfokuskan kepada penemuan kandungan menarik di TikTok melalui input berasaskan teks. Genie dijangka akan menawarkan kebolehan yang lebih meluas berbanding dengannya.

Untuk makluman, Meta juga sedang mula menawarkan Meta AI secara berperingkat pada Instagram dan WhatsApp, yang membolehkan pengguna untuk bertanyakan pelbagai perkara, menjana gambar, serta berinteraksi dengan watak selebriti melaluinya.

Buat masa ini, TikTok sekadar membuat permohonan tanda dagang sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya. Terdapat kemungkinan juga tiada sebarang produk dengan nama sedemikian yang dikomersilkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved