TikTok Menafikan Laporan China Ingin Syarikat Dibeli Oleh Elon Musk

TechnologyDigital
14 Jan 2025 • 9:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok akan diharamkan di Amerika Syarikat pada 19 Januari ini sekiranya perniagaan tidak dijual kepada entiti dari negara tersebut. Beberapa konsortium dilaporkan berminat membeli TikTok daripada Bytedandce tetapi syarikat kini menanti keputusan Mahkamah Agung untuk menghalang penjualan diteruskan.

image is not available

Pagi ini Bloomberg melaporkan pihak berkuasa China ingin TikTok diambil alih oleh Elon Musk. Sejurus selepas laporan diterbitkan, TikTok segera mengeluarkan kenyataan kepada Variety bahawa laporan tersebut adakah sekadar “sekadar fiksyen”. Amerika ingin Bytedance menjual TikTok kerana dikatakan mendatangkan risiko keselamatan kepada negara. TikTok menggunakan alasan jualan perlu ditolak kerana menghalang hak kebebasan bersuara rakyat.

Donald Trump kemudian dipetik berkata tidak mahu TikTok diharamkan kerana memberikan kuasa kepada Meta. Beliau meminta Mahkamah Agung untuk menangguh pengharaman TikTok sehingga beliau mengangkat sumpah menjadi Presiden. Ini adalah keputusan yang agak aneh kerana beliau memulakan langkah mengharamkan TikTok pada tahun 2019.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved