TikTok Menghadapi Masalah – Turut Menjejaskan Operasi TikTok Shop

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 5:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok Malaysia kini memaklumkan berkenaan masalah teknikal yang dihadapi platform berkenaan pada hari ini, 10 September. Maklumat penuh berkaitan dengannya tidak dimaklumkan buat masa ini, tetapi pihak TikTok sekadar menyatakan mereka sedang cuba menyelesaikan masalah berkenaan secepat mungkin.

TikTok mengatakan masalah teknikal ini membawakan kesan kepada operasi Pusat Penjual untuk TikTok Shop. Disebabkan oleh hal ini juga, pihak TikTok melanjutkan SLA pemenuhan dan penghantaran semasa kempen 9/9 semalam.

image is not available

Selain pada bahagian TikTok Shop, beberapa pengguna TikTok turut memaklumkan masalah untuk memuat-naik video bagi diterbitkan pada platform sosial berkenaan, membuatkan video tidak muncul selepas dimuat-naik.

Bagi anda yang menggunakan TikTok, adakah anda turut menghadapi masalah yang lebih kurang sama?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved