TikTok Menguji “AI Meme” – Jana Kapsyen Lucu Berdasarkan Imej

TechnologyDigital
14 Mar 2024 • 5:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok baru-baru ini telah menguji ciri baharu berkaitan dengan AI dan juga Meme. Ciri ini dilihat hanya boleh digunakan jika pengguna memuat naik gambar. Sebelum dikongsi terdapat alatan suntingan seperti teks, pelekat, Effects, penuras dan AI Meme.

AI Meme dilihat akan mengimbas gambar yang dimuat naik pengguna, kemudian kapsyen baharu akan dikeluarkan yang sesuai dengan gambar. Selepas satu kapsyen dijana pengguna turut mempunyai pilihan rombak semula. TikTok turut memberi amaran yang kapsyen yang dijana mungkin tidak sopan atau sesuai untuk pengguna.

Ciri AI Meme ini bukanlah perkara baru kerana sebelum ini pengguna boleh menggunakan Effect yang dicipta oleh pengguna lain untuk ciri lebih kurang sama. Cuma versi yang saya tunjukkan ini adalah rasmi oleh TikTok sendiri yang tersedia pada kedua-dua versi iOS dan Android.