TikTok Menyertakan Fungsi Baharu Dalam Mengawal Penggunaan Untuk Mereka Berumur Bawah 16 Tahun

TechnologyDigital
12 Mar 2025 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok kini mengumumkan beberapa ciri khusus memfokuskan para pengguna muda dan remaja, dalam memastikan mereka tidak ketagih menggunakan platform tersebut sehingga menjejaskan kehidupan mahupun waktu tidur.

image is not available

Untuk tujuan tersebut, yang pertama TikTok menyertakan sebuah ciri khas yang akan menyertakan halangan pada skrin pengguna yang berusia bawah 16 tahun, selepas pukul 10 malam. Melalui halangan tersebut, TikTok akan memaparkan skrin dengan lagu yang menenangkan. Walaubagaimanapun, ciri ini boleh dimatikan untuk pengguna boleh terus menggunakan aplikasi dan melihat kandungan lain.

image is not available

Selain itu, ibu bapa kini boleh ke halaman tetapan dan menetapkan kebenaran untuk anak mereka menggunakan TikTok. Dengan langkah ini, ibubapa boleh menetapkan seseorang anak boleh mengakses TikTok untuk waktu tertentu sahaja, dan seterusnya mengelak daripada penggunaan aplikasi berkenaan.

Kedua-dua ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini.