TikTok Rai Ekosistem Pencipta Dan Konten Tempatan yang KianBerkembang Melalui #HouseOfCreators2022

1 Nov 2022 • 5:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 26 Oktober 2022 TikTok, destinasi utama bagi video mudah alih berformatpendek, telah menghimpunkan para pencipta konten ternama di acara #HouseOfCreators2022 pada minggulepas bagi mengiktiraf sumbangan berterusan mereka dalam menjadikan platform tersebut sumber bagikreativiti dan keceriaan buat para pengguna. Bukan sekadar malam apresiasi bagi warga pencipta konten, TikTokjuga telah meraikan ulang tahun keduanya bagi #TikTokGuru, tanda pagar yang disohorkan pengguna tempatandan yang mengandungi konten janaan warga pendidik berkeinginan untuk berkongsi ilmu mereka dalamlapangan masingmasing serta menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menyeronokkan.

Seawal pengasasannya, TikTok telah menjadi platform yang mendukung pembangunan komuniti kreatif,autentik, dan positif yang bukan sahaja terdiri daripada para pengguna yang menikmati dan berinteraksi dengankonten yang disediakan, tapi juga golongan pencipta yang meluahkan kreativiti masingmasing menggunakanpelbagai alatan dalam aplikasi berkenaan.

Sebagai platform yang bersifat majmuk dan inklusif, TikTok telah menjadi sumber utama bagi hiburan, gayahidup, dan ilmu pengetahuan. Warga pencipta dari pelbagai lapangan seperti hiburan, permainan, makanan,kecantikan, pendidikan dan banyak lagi juga telah menghasilkan video demi video selain memiliki danmempopularkan aneka tanda pagar. Ia boleh dilihat menerusi tanda pagar #TikTokGuru yang telah berkembangmenjadi salah satu medium yang paling digemari rakyat Malaysia, meraih lebih 18.8B tontonan dan lebih 1 jutavideo setakat ini. Oleh itu, semakin ramai pencipta #TikTokGuru seperti @cikgudebbie, @iqbalahyar, @sir_asai,dan @sirsyami_92 yang memanfaatkan platform ini bagi mendidik pengguna mengenai pelbagai topik yangmerentasi panduan am, pendidikan sekolah, tip mencegah penipuan, tip kesihatan dan kesejahteraan, danbanyak lagi.

Golongan pencipta merupakan tulang belakang bagi platform ini. Kepelbagaian dalam pengalaman, komuniti,dan konten yang terlahir mampu membina titian hubungan dan persefahaman melalui video. Atas sebab itu,kami percaya bahawa warga pencipta kami bukan sekadar berkongsi detik kehidupan mereka, tapi juga menjadijambatan yang menghubungkan pengguna dari pelbagai latar belakang menerusi minat yang sama, lalumelahirkan pelbagai komuniti di platform ini. Ia boleh dilihat melalui ekosistem konten tempatan yang kianberkembang seperti #SembangEntertainment, #MakanLokal, #BeautyHacks, #KakiGaming, #TikTokSports, dan#TikTokGuru,” ujar Darren Quek, Pengurus Operasi Strategi, TikTok Malaysia.

“Sebagai wadah yang mencungkil kreativiti individu dan memupuk pembikinan karya-karya yang asli lagi menghiburkan, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan pengalaman kepenggunaan yang terbaik buat semua, termasuk warga pencipta kami. Kami berharap menerusi acara #HouseOfCreators2022 ini, golongan pencipta dapat merapatkan hubungan dan berkongsi ilham sesama mereka sementara mereka terus menyajikan konten-konten yang bermakna buat warga komuniti TikTok,” tambah beliau.

Berkongsi sentimen yang sama terhadap idea pembentukan komuniti yang bersehaluan di TikTok, JE Pong, pengasas GoYoung berkata, “Cinta kami ke atas tarian yang telah menyatukan kami. Titik sejarah GoYoung bermula menerusi 8 individu yang berkongsi video tarian di saluran TikTok masing-masing. Tidak lama kemudian, kami telah menemui sesama sendiri di ‘For You Page’ dan telah memetik ilham daripada satu sama lain. Apabila kita semua bersua muka buat pertama kali, kami dapat merasakan pertalian hubungan antara kita terbina secara semula jadi, lalu GoYoung pun terlahir. Hari ini, GoYoung ingin memberi inspirasi kepada penari-penari lain dan bantu mencorak komuniti yang lebih besar di TikTok.”

Dr. Ben Gee, salah seorang pencipta popular di Malaysia juga berkongsi, “TikTok telah menjadi wadah bagi pengamal perubatan oral seperti saya untuk mencapai individu-individu walau di mana jua mereka berada. Saya gembira kerana TikTok memberi penekanan ke atas konten-konten pendidikan melalui tanda pagar seperti #TikTokGuru, #HealthCheck dan #KekalSihat supaya masyarakat boleh menambah ilmu tentang pelbagai subjek termasuk kebersihan mulut dan penjagaan gigi, khususnya daripada sumber yang boleh dipercayai.”

Semasa acara tersebut berlangsung, para pencipta diberi peluang untuk melangkah keluar dari lapangan mereka dan meneroka kategori-kategori TikTok yang sedang sohor seperti hiburan, makanan, kecantikan, permainan video, sukan, dan DIY melalui zon-zon aktiviti serba interaktif. Para tetamu juga disajikan dengan persembahan daripada artis-artis tempatan seperti Dolla, Fatia, Gaston Pong, Amsyar Leee, Bunga, dan GoYoung.

Muat turun atau buka aplikasi TikTok anda hari ini untuk menyaksikan sedutan acara #HouseOfCreators2022 dan terus menikmati karya para pencipta tempatan pilihan anda seperti @khairulaming, @charmwasabi, @hanifloid, @sultan_riq, @drbengee dan banyak lagi! TikTok disediakan secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

View Original Article