‘TikTok Shop 9.9 Brand Festival’ kembali, ‘shopping’ murah sambil layan hiburan selebriti popular

LocalEntertainment
8 Sep 2025 • 6:40 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Bagi pencinta beli-belah dalam talian, inilah masa yang ditunggu-tunggu. TikTok Shop 9.9 Brand Festival kembali mencetuskan fenomena bermula 1 hingga 9 September 2025, menawarkan pengalaman yang bukan sekadar tentang promosi besar-besaran, tetapi juga gabungan hiburan langsung bersama selebriti ternama tanah air.

Tahun ini, kempen berprestij itu tampil lebih meriah dengan tawaran serendah RM9, penghantaran percuma tanpa had serta baucar bernilai hingga RM150 yang boleh digabungkan setiap kali pengguna membuat pembelian. Dengan kata lain, setiap kali menambah barang ke dalam troli, pembeli seolah-olah mendapat ganjaran berganda tanpa perlu berbelanja besar.

Antara tawaran yang mencuri perhatian termasuk Christy Ng Bundle yang sebelum ini berharga RM267.98 kini hanya RM99, Huawei FreeBuds SE 4 ANC diturunkan daripada RM199 kepada RM99, manakala set hadiah Elianto Whisper yang bernilai RM129 kini ditawarkan pada harga RM49.99. Bagi mereka yang mahukan keperluan harian pada harga istimewa, Downy Brand Bundle pula boleh dimiliki dengan hanya RM9.

Lebih menarik, TikTok Shop turut menjadikan festival ini sebagai pentas hiburan eksklusif. Barisan artis popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Alif Satar, Fattah Amin, Amira Othman dan Dato Seri Vida bakal membuat penampilan dalam sesi siaran langsung bersama jenama masing-masing. Kehadiran selebriti ini bukan sahaja menghangatkan suasana, tetapi menjadikan pengalaman membeli-belah di TikTok ibarat berada di sebuah festival hiburan yang penuh kejutan.

Pesta kemuncak dijangka berlangsung menerusi Pesta Jenama Live Show pada 8 September, jam 8 malam, di akaun rasmi @tiktokshop_my, yang bakal menawarkan hadiah menarik, promosi eksklusif serta tawaran RM9 yang dinanti ramai.

Dengan kombinasi tawaran harga luar biasa dan hiburan secara langsung, TikTok Shop 9.9 Brand Festival tahun ini dijangka menjadi pesta beli-belah terbesar dalam talian yang sukar ditandingi. Segala keistimewaan ini hanya berlangsung hingga 9 September 2025, menjadikan minggu ini peluang terbaik untuk pengguna menikmati pengalaman membeli-belah tanpa rasa bersalah.