TikTok Shop Kini Menawarkan Ciri Bayar Nanti, Pakai Lekas (BNPL) Melalui Atome

TechnologyDigital
21 Jul 2023 • 12:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok Shop mempunyai banyak pengguna aktif dari pelbagai negara termasuklah Malaysia sendiri. Ia juga dikenali sebagai lubuk beli belah strim langsung dengan ratusan jenis barangan. Tahukah anda bahawa perkhidmatan bayar nanti pakai lepas (BNPL) melalui Atome kini tersedia di TikTok Shop?

image is not available

Benar, TikTok Shops kini menawarkan perkhidmatan BNPL melalui Atome sebagai pilihan pembayaran baharu. Ia juga sedia digunakan oleh pengguna di Malaysia, yang bermakna anda boleh membuat pembayaran secara ansuran tetapi dengan syarat. Misalany seperti pembelian barangan di TikTok Shops menggunakan Atome membolehkan anda membuat bayaran ansuran dalam tempoh tiga hingga enam bulan tanpa faedah.

image is not available

Pengguna bagaimanapun perlu memautkan akaun Atome dan TikTok terlebih dahulu bagi menggunakan kaedah ini. Kemudiannya segala maklumat seperti kaedah, nilai dan tempoh pembayaran akan diperlihatkan secara khusus bagi tujuan memudahkan pengguna.

Ciri ini sudah sedia ditawarkan dan pengenalannnya dikatakan sejajar dengan rancangan ByteDance dalam melabur berbilion dolar di Asia Tenggara dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.