TikTok Shop Pacu Pertumbuhan Perniagaan Tempatan, Perkukuh E-Dagang Malaysia

LocalBusiness & Finance
20 Aug 2026 • 11:26 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

TikTok Shop Pacu Pertumbuhan Perniagaan Tempatan, Perkukuh E-Dagang Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Platform e-dagang yang dipercayai di Malaysia, TikTok Shop, menekankan peranan e-dagang penemuan (discovery e-commerce) dan jualan secara LIVE sebagai antara pemacu utama pertumbuhan perniagaan di Malaysia di TikTok Shop Summit Malaysia 2026, acara libat urus industri terbesar platform itu bagi tahun ini.

Majlis perasmian yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus menandakan keselarasan dan sokongan kukuh kerajaan terhadap inisiatif ekonomi platform digital berkenaan.

Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, berkata: “Seiring dengan kematangan landskap dagangan digital di Malaysia, TikTok Shop membantu perniagaan daripada pelbagai saiz meraih bahagian perbelanjaan pengguna (wallet share) yang lebih besar, dengan dagangan LIVE menjadi pemecut utama perubahan ini menerusi hubungan, keaslian dan interaktiviti yang membawa pengguna daripada penemuan kepada inspirasi dan seterusnya pembelian dengan lebih pantas.

“Inilah yang menjadikan TikTok Shop berkesan: ia menggabungkan hiburan, komuniti dan perdagangan dalam satu perjalanan yang lancar. Di Malaysia, jenama dan penjual kami sudah melihat kesan ekosistem ini apabila hampir 6 daripada 10 pengguna kini memilih LIVE sebagai format beli-belah pilihan mereka. Ini turut dicerminkan menerusi peningkatan jualan LIVE sebanyak 48% tahun ke tahun, yang kini menyumbang hampir satu pertiga daripada jualan platform.”

Memperkukuh Sokongan terhadap Perniagaan Tempatan Menerusi #JomLokal

Pada sidang kemuncak tahunan itu, yang turut dihadiri Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali; serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim, TikTok Shop menegaskan komitmen berterusannya terhadap ekosistem perdagangan tempatan di Malaysia menerusi #JomLokal.

Menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan seperti KPDN dan KUSKOP, platform ini membantu mengurangkan kos sara hidup serta kos operasi bagi perniagaan tempatan, selain menyokong 400,000 penjual dan pencipta kandungan tempatan, memacu pertumbuhan merentasi lebih 800,000 produk tempatan serta mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 140% tahun ke tahun bagi penjual #JomLokal (Jun 2026 berbanding Jun 2025).

Berasaskan bantuan kos sara hidup bernilai RM180 juta yang dilancarkan bersama KPDN pada Jun lalu, TikTok Shop turut memperuntukkan komitmen tambahan sebanyak RM70 juta menerusi JomLokal Booster 2.0 yang baru dilancarkan, menjadikan jumlah komitmen keseluruhan bagi 2026 sehingga RM250 juta.

Menerusi komisen platform 0% bagi tambahan 44 subkategori, bantuan kewangan serta subsidi untuk menyokong penjual dalam aspek logistik, aktiviti promosi dan keperluan pertumbuhan lain, JomLokal Booster 2.0 bertujuan membantu penjual dan pencipta kandungan tempatan berkembang dengan lebih mampan, beroperasi dengan lebih cekap serta menjangkau lebih ramai pelanggan.

Kelab JomLokal (JomLokal Club) turut menyediakan peluang kepada penjual dan pencipta kandungan untuk berhubung dan berkembang bersama menerusi padanan perniagaan, sesi latihan serta pertandingan antara negeri.

Azre menambah: “JomLokal Booster 2.0 merupakan fasa seterusnya dalam program sokongan perdagangan tempatan kami. Ia menggabungkan sokongan kewangan untuk penjual dan pencipta kandungan, perkongsian ilmu, latihan serta inisiatif diterajui komuniti ke dalam satu gerakan nasional.

“Matlamat utamanya adalah untuk mengurangkan halangan dalam menjalankan perniagaan bagi setiap usahawan Malaysia, daripada penjual kali pertama hinggalah jenama tempatan yang sudah mantap, agar mereka dapat membina perniagaan secara mampan, bukan sahaja ketika musim jualan puncak, tetapi juga untuk jangka panjang.”

Bagi pembeli, program ini turut menawarkan rebat RM2 bagi penghantaran standard untuk semua pesanan, selain pilihan logistik yang diperluas termasuk Penghantaran Laut (Sea Shipping) ke Malaysia Timur dan pusat pengambilan kendiri di seluruh negara.

Memacu Persediaan Menjelang Musim Jualan Mega dan Seterusnya

Pada TikTok Shop Summit tahunan itu, para peniaga turut diberi gambaran mengenai peluang perdagangan yang bakal tersedia.

TikTok Shop mengetengahkan beberapa kategori dengan pertumbuhan terpantas di platform berkenaan, termasuk Automotif (+70%), Perkakas Rumah (+58%), Bekalan Haiwan Peliharaan (+57%), Pembaikan Rumah (+47%), serta Bayi & Ibu Mengandung (+45%) (Julai 2026 berbanding Julai 2025).

Pada masa sama, pelbagai alat dan sumber yang disediakan menerusi #JomLokal serta JomLokal Booster 2.0 dapat membantu jenama memanfaatkan peluang jualan pada bulan-bulan akan datang.

Musim beli-belah di Malaysia juga terbukti sangat memberangsangkan bagi penjual tempatan. Sepanjang musim perayaan Ramadan dan Raya baru-baru ini, penjual di Malaysia mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 51% berbanding hari biasa, sekali gus mengukuhkan lagi minat pembeli Malaysia terhadap dagangan LIVE berasaskan penemuan menjelang jualan 9.9, 11.11 dan 12.12.

Dengan menawarkan medan persaingan yang saksama berteraskan kualiti kandungan dan penglibatan audiens, TikTok Shop terus membolehkan perniagaan daripada pelbagai saiz bermula, berkembang dan bersaing secara berkesan.

Malah, 97% daripada perniagaan yang ditinjau melihat TikTok sebagai sumber pendapatan penting, dengan 72% menekankan keupayaannya untuk menjangkau audiens baharu, manakala 59% mengetengahkan peranannya dalam memudahkan interaksi secara langsung serta mendapatkan maklum balas daripada pelanggan sedia ada. Ini membolehkan mereka menyesuaikan produk mengikut keperluan pengguna.

Kira-kira 50% pula menyatakan TikTok menyumbang lebih 40% daripada keseluruhan pendapatan mereka, berdasarkan TikTok Malaysia Socioeconomic Impact Report 2025.

Dengan e-dagang menyumbang hampir 60% kepada ekonomi digital negara, TikTok Shop bersedia untuk memacu pertumbuhan e-dagang ke fasa seterusnya di Malaysia menerusi ekosistemnya yang menggabungkan hiburan, pendidikan dan perdagangan secara lancar.

Bakal usahawan, PMKS tempatan serta jenama buatan Malaysia yang ingin mempercepatkan pertumbuhan perniagaan mereka boleh mendaftar di TikTok Shop Seller Center serta meneroka tutorial langkah demi langkah menerusi TikTok Shop Academy.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved