TikTok ialah aplikasi video ringkas yang digunakan untuk menghiburkan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Ia juga merupakan sebuah platform jual-beli yang membantu para pemilik perniagaan dalam sektor mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menjual barang-barangan mereka secara cepat dan mudah.

Hari ini, TikTok telah mengadakan acara tahunan TikTok Shop Summit 2024 dimana para penjual di TikTok Shop berkumpul untuk meneroka meneroka peluang pertumbuhan baharu untuk memaksimumkan potensi perniagaan mereka.
Diantara pencipta kandungan terkemuka di platform tersebut yang dijemput untuk memberikan pandangan mereka tentang cara mereka memanfaatkan platform TikTok termasuklah Khairul Aming, Pinn Yang, Dear Carynn, Almiyaz dan TulipPetals.

Sesi perkongsian pengetahuan di sebelah pagi memperlihatkan mereka berkongsi amalan terbaik tentang kandungan, penglibatan komuniti, penstriman langsung, penyelesaian iklan dan pengoptimuman prestasi kedai. Khairul Aming mengatakan bahawa perniagaan-perniagaan yang mahu mendapatkan jualan yang banyak boleh menggunakan ciri penstriman TikTok Live, kerana sebanyak 70 peratus daripada hasil jualan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet beliau berlaku melalui ciri tersebut.

Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata bahawa mereka telah melatih lebih 100 ribu PMKS tempatan dengan kerjasama oleh pelbagai agensi dan juga kementerian kerajaan. Program #JomLokal membolehkan TikTok Shop Malaysia untuk memperkenalkan lebih banyak jenama tempatan yang kecil, sederhana dan besar ke lebih ramai rakyat Malaysia.

Menurut Zason Wu, Ketua Bisnes TikTok Shop Malaysia, platform tersebut telah berjaya meningkatkan jumlah jualan sebanyak 2.2 kali dari separuh pertama 2023 ke separuh pertama 2024, manakala jumlah penjual tempatan telah meningkat sebanyak 400 peratus dalam tempoh yang sama.

TikTok Shop juga dilihat akan memperkenalkan beberapa penambahan baru untuk pemilik perniagaan bersempena dengan tempoh jualan hujung tahun. Jualan kempen 10.10, 11.11 dan 12.12 masih akan diteruskan dengan beberapa penambahan menarik daripada pihak TikTok Shop.

Diantara penambahan tersebut termasuklah sistem kupon yang boleh ditindih tanpa had yang termasuk dengan penghantaran percuma, pelan pembayaran ansuran tanpa faedah dan juga pulangan tunai yang ditingkatkan ke 15 peratus dari 3.0 peratus sebelum ini.
Untuk acara TikTok Shop Summit akan datang, Pada TikTok Shop Summit yang akan datang, mereka akan mengumumkan pengukuhan sokongan terhadap inisiatif #JomLokal serta membantu sektor PMKS mencapai peluang pertumbuhan baharu. Sesi pencarian rakan pencipta konten dan perkongsian pengetahuan akan direka khas untuk memberi maklumat praktikal dan menjana hubungan yang
mampu memberi inspirasi kepada jenama-jenama tempatan.




