TikToker marah-marah, minta Jason jangan jujur sangat ‘review’ kedai makan

EntertainmentFood
4 Feb 2025 • 10:21 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Jason jangan jujur

Seorang TikToker marah-marah dan meminta agar pempengaruh media sosial, Jason jangan jujur sangat dalam membuat ulasan makanan di kedai-kedai.

Menerusi video yang tular di media sosial, TikToker yang juga ‘food reviewer’ telah tampil menyatakan rasa tidak senangnya dengan tindakan mengulas menu makanan sehingga mendakwa kedai tersebut tiada orang disebabkan rating buruk diberikan.

image is not available

Minta Jason jangan jujur beri ulasan, dakwa rosakkan perniagaan orang

Dalam pada itu, dia juga menyatakan telah pergi ke kedai yang dikunjungi pempengaruh tersebut dan mengakui makanan yang dipuji melangit rupanya tidak sedap ditekaknya.

Dia turut meminta Jason jangan jujur sangat dalam memberikan ulasan kerana boleh menjejaskan perniagaan.

image is not available

Jason balas kenyataan tersebut

Susulan daripada itu, Jason yang sudah menonton video tersebut tampil mempertahankan apa yang dilakukan dan mempersoalkan kenyataan TikToker tersebut dimana meminta dia supaya tidak begitu jujur dalam memberi ulasan.

“…dia suruh saya jangan jujur sangat geng, sebab review jujur saya telah membuatkan kedai tiada orang.

“Awak rasa kedai tiada orang sebab ulasan jujur saya atau memang majoriti kata tak sedap?

“Macam MKBHD cakap, “adakah review teruk yang bunuh syarikat atau produk teruk yang bunuh syarikat?” soalnya.

@scaredtodie

my plan was to review gastro hub today but

♬ original sound - Jason - Jason

Awak tak makanan tu atau tak suka saya?”

Jason juga pelik mengapa TikToker tersebut mengatakan “tekak lain-lain” sewaktu mengatakan makanan di yang pernah didatanginya tidak sedap sedangkan dia sendiri tahu citarasa setiap orang mungkin berbeza.

“Awak kata tekak orang lain-lain. Awak setuju “tekak orang lain-lain” tapi kenapa awak pergi ke tempat yang saya pergi tu?”

“Sebab tekak awak dan tekak saya lain ma. Tekak tak sama geng.

“Tapi, awak betul-betul rasa makanan tu tak sedap atau awak tak suka saya?” tanya Jason lagi.

Dia promosi atau nak ulas?

Video balasan dari Jason itu telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing memberikan sokongan kepadanya kerana merasakan ada beza di antara ‘mengulas’ dan juga ‘mempromosikan’.

Mereka juga menyuarakan rasa kurang senang dengan tindakan menggunakan ‘bangsa’ untuk menyerang mana-mana pihak hanya disebabkan tidak bersetuju dengan pendapat mereka.

image is not available

Jujur la bagus kan

image is not available

Lagi percaya Jason dari dia

image is not available

Kan lebih elok andai berlaku jujur dalam setiap kenyataan kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri dan boleh jadi citarasa setiap orang berbeza-beza.

Sumber: TikTok scaredtodie

View Original Article