TikToker ‘Mat Saleh’ Kritik Orang Malaysia Kedekut Senyum, Bandingkan Dengan Rakyat Thailand – “Saya Dapat Attention Di Sana”

16 Apr 2024 • 1:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular video seorang TikToker dari luar negara yang melawat Malaysia baru-baru ini selepas dia memberi komen kurang menyenangkan tentang masyarakat di sini.

Menerusi video tersebut, lelaki yang menggunakan nama akaun Marilyn_ruv itu berkunjung ke Melaka dan membuat perbandingan rakyat Malaysia dengan Thailand.

 

Rakyat Malaysia kedekut senyum

Sambil berjalan di sekitar bandar raya Melaka itu, Marilyn merungut bahawa rakyat negara ini kurang mesra dan kedekut senyuman.

Tambahnya, dia berasa pelik dan kurang selesa malah turut berkata ia sama sekali berbeza dengan masyarakat dari negara jiran kita iaitu Thailand yang menurutnya lebih mesra.

Berjalan di Malaysia, saya perasan satu perkara dimana rakyat di sini tidak begitu mesra dan mereka juga tidak senyum kepada satu sama lain. Berbeza ketika saya tinggal di Thailand, saya sentiasa mendapat perhatian dan semua orang senyum terhadap satu sama lain.

@marilyn_ruv Not really anything bad, just feel like that, generally country so really nice and beautifel #travel #fyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Marilyn_ruv

 

Kan cuaca panas

Menerusi hantaran di TikTok dan laman sosial X, ramai warganet Malaysia mengkritik Marilyn kerana memberikan komen sebegitu hanya selepas berkunjung ke satu bandar sahaja.

Ada yang berpendapat faktor cuaca yang terik membuatkan orang ramai berjalan dengan pantas serta tidak menghiraukan orang lain selain wajah berubah kerana menahan kepanasan.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ramai yang menyindirnya dan mendakwa dia sebenarnya mahukan perhatian dan disanjung ramai hanya kerana dirinya seorang ‘mat saleh’.

image is not available image is not available

image is not available

image is not available 2 months ago

Pelancong Asing Dikritik Selepas Mengaku Tak Mandi 3 Hari, 'Travel' Dari Penang Ke Langkawi - "Lepas Tu Dorang Baring Je Atas Katil?"