Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai, Rayyan Wong, mencetuskan kontroversi selepas menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana makan di sebuah restoran Cina yang didakwanya tidak memiliki sijil halal.
Dakwaan tersebut dibuat menerusi video yang tular di media sosial dan mendapat lebih 2 juta tontonan di aplikasi tersebut.

Dalam videonya, Rayyan Wong berkata, “Kalau tak ada sijil halal, maknanya tak kisahlah kau pegawai kerajaan ke, perdana menteri ke, rakyat jelata ke… memang wajib untuk dilarang makan dekat tempat yang disahkan tidak halal.”
Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh pihak lain yang tampil menjelaskan bahawa restoran tersebut memiliki sijil halal yang diiktiraf.
Agong dan PMX makan kat kedai cina pun boleh jadi modal fitnah untuk content? Siapa Rayyan Wong? #halalfood #syubhah #kedaimakancinajohor
Selepas menyedari kesilapannya, Rayyan Wong segera memohon maaf melalui satu kenyataan baharu.
“Saya minta maaf tau pasal saya menegur TMJ dan PMX makan di kedai yang disyaki tidak halal tu. Rupanya dia ada sijil halal. Saya minta maaf atas kekhilafan saya sendiri sebab tak mengkaji lebih mendalam pasal isu ini.”
Harap lepas ini jangan mengecam saya lagi. Saya dah meminta maaf kerana sebar fitnah, nak terima atau tidak kemaafan itu terserah kepada anda. #tiktokmalaysia #isusemasa #islam
Rayyan mengakui dia telah memadamkan video tersebut yang meraih lebih 2 juta tontonan di TikTok, selepas menerima teguran ramai.
“Saya berharap selepas ini saya akan lebih berhati-hati dengan benda yang saya kaji dan tidak menyebarkan fitnah. Segala benda yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada saya,” tambahnya lagi.
Selain itu, dia turut memuat naik video memaklumkan akan berehat seketika daripada TikTok sebagai tempoh refleksi diri.


Sumber: TikTok
The post TikToker Rayyan Wong mohon maaf selepas dakwa TMJ & PMX makan di restoran tiada sijil halal appeared first on The Reporter.
