TikTokers Popular, Ryan Bakery Selamat Berkahwin Dengan Gadis Pilihan

Entertainment
1 Oct 2022 • 6:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

TikTokers Popular, Ryan Bakery Selamat Berkahwin Dengan Gadis Pilihan

TikTokers terkenal, Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery, 27 telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya pada hari ini.

Berdasarkan perkongsian gambar di Instagram miliknya, perkenalan selama lima tahun dengan isterinya itu akhirnya selamat di ijab kabulkan. Majlis pernikahan tersebut diadakan di Melaka iaitu di kampung halaman isterinya, Eylia Ibrahim.

image is not available
Kredit Adam Bakery/Instagram

“Alhamdulillah 1/10/2022 Eylia Ibrahim telah sah ,menjadi isteriku. Terima kasih Ya Allah diatas kurniaan ini. Kau berkatilah hidup kami hingga ke syurgamu. Aaminn,” tulis Ryan Bakery dalam Instagramnya.

image is not available
Kredit Adam Bakery/Instagram

Ryan Bakery juga mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan dan doa yang dikirimkan kepadanya dan isteri.

image is not available
Kredit Adam Bakery/Instagram

Terdahulu, Ryan Bakery sempat tular dengan video-video yang menarik dikongsikan oleh beliau yang melakonkan lakonan mengimbau nostalgia sewaktu zaman kanak-kanak.

Selain itu, dia juga telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sekali lagi selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dalam akaun TikTok rasminya telah menggunakan background sound suara Ryan Bakery dalam video perkongsian mereka.

Tahniah Ryan Bakery dari team Siakap Keli. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke anak cucu dan ke Syurga. Amin.