Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit, Netizen Bimbang Dapat Penyakit Kencing Tikus

20 Jul 2023 • 9:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tikus gembira berkeliaran, makan ayam mentah buat netizen kembang tekak

Tikus Makan Ayam Mentah Dalam Kedai Runcit, Netizen Bimbang Dapat Penyakit Kencing Tikus. Seorang pengguna TikTok baru-baru ini memuat naik satu hantaran mengenai seekor tikus memakan salah satu ayam mentah yang diletakkan secara terbuka di sebuah kedai runcit.

Menurut individu itu, ayam mentah itu dibiarkan di tempat terbuka, di mana ia bukan sahaja dimakan tikus tetapi turut dihurung oleh segerombolan lalat yang hinggap ke atas ayam mentah tersebut.

image is not available
Sumber: TikTok

Menerusi perkongsian video itu, pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai orang berasa ‘kembang tekak’ apabila mereka melihat tikus itu menarik kulit ayam mentah.

Orang ramai bimbang akan berlakunya penyebaran penyakit ‘kencing tikus’ melalui ayam mentah yang terdedah, menurut sumber.

image is not available
Sumber: TikTok

Turut dinasihatkan untuk menjaga kebersihan dan perkongsian video untuk kesedaran orang ramai

Dalam pada itu, netizen turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan menyelidik kebersihan sesebuah kedai runcit dahulu sebelum membeli barangan di kedai berkenaan.

Menurut pemilik video itu, sudah ada orang lain yang memaklumkan kepada pihak kedai itu bahawa ketika itu terdapat tikus di situ.

@fadhilahmad3031

aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau … aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan … #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca

♬ Stel Kendo Stel Kenceng Jedag Jedug – Rian DTM

Difahamkan, beliau merakam video itu sebagai bukti dan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kebersihan, memetik laporan.

Baca juga artikel yang berkaitan: