Tim Cook Ingin Set Kepala AR Dilancarkan Tahun Ini Walaupun Ia Belum Sedia

TechnologyDigital
12 Mar 2023 • 7:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Terdapat banyak ura-ura mengenai set kepala AR pertama Apple yang dijangka diperlihatkan di WWDC tahun ini. Beberapa laporan sebelum ini mengatakan set kepala versi pertama ini menghadapi pelbagai isu seperti pemanasan, berat, dan mempunyai hayat bateri yang pendek. Sungguhpun begitu menurut laporan Financial Times, pelancarannya akan dilakukan juga tahun ni atas arahan Tim Cook.

image is not available

Tim Cook menyokong pendapat Jeff Williams, ketua bahagian operasi Apple bahawa set kepala perlu dilancarkan segera. Ia akan tetapi dilancarkan sungguhpun jurutera yang membangunkan set kepala AR merasakan produk masih belum bersedia. Isu terlalu berat, bateri tidak tahan lama dan harga jualan mahal belum diselesaikan.

Ura-ura mengatakan set kepala AR pertama Apple akan dijual pada harga $3000 sebuah. Kemudian pada generasi kedua versi yang lebih baik pada harga lebih mampu milik pula bakal dipasarkan. Sudah menjadi lumrah produk generasi pertama Apple dijual pada harga agak mahal sebelum ditambah baik saban tahun.

Set kepala AR dilihat sebagai teknologi yang perlu dalam masa terdekat dengan Meta telahpun memulakan langkah pertama mereka. Sementara itu Samsung, Google dan Qualcomm telahpun mengesahkan kerjasama akan dilakukan untuk menghasilkan set kepala bersama.