Tim Hortons kini buka tirai di Malaysia: Ini senarai menu dan harga yang anda perlu tahu

LocalFood
13 Aug 2024 • 9:00 PM MYT
LifestyleAsia MY
LifestyleAsia MY

Your access to the good life in Malaysia

image is not available

Tentu anda teruja ingin tahu apa yang ditawarkan dari kafe Tim Hortons Sunway Velocity dan IOI City Mall bukan? Kami sendiri telah mencuba semua menu signatur mereka, dari kopi, hidangan utama serta donat mereka yang ikonik!

Tidak dinafikan jenama donut dari Amerika Utara sentiasa mendapat sambutan ramai di negara-negara Asia. Contohnya Dunkin’ Donuts yang mana telah bertapak sejak 1987 di Malaysia, disusuli dengan kemunculan Krispy Kreme pada tahun 2009, dan ternyata kedua-duanya masih menjadi kegemaran ramai.

Untuk tahun ini, akan ada lebih banyak pilihan untuk anda menikmati pencuci mulut kegemaran ramai ini, Tim Hortons secara rasminya membuka cawangan terbaru mereka di Sunway Velocity Cheras dan IOI City Mall, Putrajaya.

Tim Hortons Sunway Velocity dan IOI City Mall

Pmebukaan jenama kopi dan donat dari Kanada ini menjadi kenyataan melalui kerjasama strategik dengan syarikat yang berpangkalan di Singapura iaitu Marubeni Growth Capital Asia. Dan ternyata, mereka inginkan membawakan debut pertama mereka ini dengan sebaiknya, kerana penampilan pertama adalah cukup penting!

Dengan pilihan lokasi yang cukup strategik, kafe Tim Hortons berjaya menghasilkan ambience yang cukup selesa, disamping dekorasi yang moden berlatarkan motif daun Maple, disulami hidangan kopi serta makanan yang enak.

image is not available
Foto: Lifestyle Asia KL

Ambience signatur jenama global sentiasa menitikberatkan keselesaan bagi menggalakkan perbualan panjang sambil menikmati secangkir kopi dan pemanis mulut. Donat  Tim Hortons tidak disangkal lagi sememangnya satu signatur mereka yang patut dicuba. Hadir dengan pelbagai pilihan, namun yang pasti donut Matcha mereka adalah salah satu yang wajib dinikmati.

Donat yang ikonik

Anda boleh memilih antara dua jenis donat yang ditawarkan, iaitu klasik donut yang mana hadir dengan saiz biasa, juga hidangan donat bersaiz mini yang boleh disuap sekali gus! Rata-rata peminat Tim Hortons akan sentiasa kembali ke kafe ini demi donat mereka yang gebu!

image is not available
Foto: Lifestyle Asia KL

Dari segi harga, donat bersaiz biasa ini bermula dari RM3.50 dalam samaran Classic Glaze mereka, dan top out pada RM6 untuk perisa yang lebih mewah seperti Maple Glaze. Bagi donut mini Timbits pula sekitar RM2.50. Timbits boleh didapati dalam kotak dengan sepuluh biji donat pelbagai perisa dengan harga RM15, manakala donat biasa yang hadir dengan 6 biji satu kotak, sama ada dalam versi klasik (RM21) atau pelbagai (RM28).

image is not available
Foto: Lifestyle Asia KL

Sandwich dan pasta!

Jika anda mendambakan sesuatu yang savoury, Tim Hortons Malaysia tidak lupa untuk menawarkan menu pasta dan sandwich yang enak. Sama seperti cawangan mereka di luar negara, menu seperti sandwich melts  dan hidangan pasta yang dibakar dihidangkan di sini, menjadikannya pilihan yang tepat buat warga kota yang menjalani gaya hidup sibuk.

Dua menu yang patut dicuba sandwic dan tortilla, kerana ia dihasilkan eksklusif untuk Malaysia. Kedua-dua Sambal Grilled Cheese Sandwich (RM19) dan Sambal Chicken Grilled Cheese Tortilla (RM15) menambah pengalaman gastronomi anda dengan lebih baik.

Pasta Bakes antara menu yang wajib dicuba, kelazatannya memang boleh membuat anda ingin lagi dan lagi. Aglio Olio Klasik bermula pada harga RM16. manakala Truffle and Smoked Chicken Cabonara, Pesto Cream Chicken dan Mozzarella, serta Beef Ragu Bolognase bakar semuanya berharga RM19.

Kopi yang patut dicuba

Kopi yang ditawarkan dibuat dengan dua adunan khusus. The Original Blend ialah biji kopi yang dianggang sederhana yang mana biji kopinya diimport dari Amerika Latin, berperisa sitrus dan tinggi kemanisannya. Sebaliknya, Espresso Blend menggabungkan kacang dari Amerika Latin dengan Sumatera dipanggang lebih supaya memberikan rasa yang lebih pekat dan mewah.

Satu shot Espresso bermula dari RM6 dalam saiz kecil, manakala secawan Americano berharga RM9.60 untuk yang kecil, dan top out pada RM12.60 untuk yang besar. Tetapi jika anda cukup familiar dengan Tim Hortons, ternyata anda akan memilih Latte signatur mereka. Pilih antara Maple Cinnamon, Salted Caramel, Roasted Hazelnut, Dark Chocolate Mocha, dan Dolce, dengan harga bermula dari RM16.

image is not available
Image credit: Lifestyle Asia KL

Untuk kepuasan minuman ais yang sebenar, pilihan Iced Capp adalah tepat untuk dicuba. Hadir dengan menu seperti French Vanilla (RM14), White Chocolate Mocha (RM15), Maple French Vanilla (RM15), dan Salted Caramel Macchiato (RM15).

Bagi Iced Capps tanpa kafein, Butterscotch Onde-Onde dan Teh Tark Tributes berbaloi untuk dicuba pada harga RM15, disusun khusus untuk pasaran tempatan. Turut dihidangkan, menu klasik seperti Dark Chocolate Cream Chip, Matcha Cream, Strawberry Cream dan Biscoff Cream. Jangan risau, dengan jumlah ais yang dilumat halus dalam setiap hidangan, menjadikan tegukan lebih segar dan seimbang daripada yang dijangkakan.

Tim Hortons Malaysia akan dibuka kepada umum di Sunway Velocity pada 17 Ogos, dan sebuah lagi cawangan di IOI City Mall, Putrajaya yang akan mengalu-alukan pelanggan pertama mereka pada 15 Ogos. Jangan ketinggalan untuk menjadi yang pertama bersantap di Tim Hortons Sunway Velocity dan IOI City Mall.

The information in this article is accurate as of the date of publication.