Timbalan KPN bakal diumum dalam masa terdekat - Saifuddin

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Timbalan KPN bakal diumum dalam masa terdekat - Saifuddin
Saifuddin meninjau projek bawah ICU JPM di Kulim pada Ahad. - FOTO: FB Saifuddin Nasution Ismail

KULIM - Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) baharu bagi menggantikan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, proses pelantikan sudah disempurnakan menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), termasuk mendapatkan pandangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan.

"Kita akan umumkan dalam masa terdekat. Proses itu bermula dengan Suruhanjaya Pasukan Polis, SPP, yang saya pengerusikan bersama jawatankuasa yang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan projek bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) di sini pada Ahad.

Menurutnya, beberapa nama sudah dibincangkan sebelum SPP melaksanakan proses seterusnya bagi menentukan calon sesuai untuk jawatan berkenaan.

"Untuk dua jawatan iaitu Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, Perlembagaan menghendaki prosesnya adalah untuk ikut mendapat pandangan daripada Yang di-Pertuan Agong. Jadi proses itu telah pun kita sempurnakan.

"Bagi (jawatan) Ketua Polis Negara, KPN masih lagi memegang jawatan sesuai dengan kontraknya yang masih ada. Jadi yang kita buat keputusan itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara yang saya sebut tadi kita akan umumkan dalam masa terdekat ini. Sehari dua ini kita akan umumkan," jelasnya.

Mengulas mengenai calon yang layak dipertimbangkan, beliau berkata, semua pegawai berpangkat Komisioner Polis mempunyai peluang untuk dipilih bagi jawatan berkenaan.

Katanya, terdapat 25 pegawai berpangkat Komisioner Polis selain tiga lagi yang mendapat pangkat berkenaan menerusi kuota khas, menjadikan keseluruhan 28 pegawai layak dipertimbangkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved