Timbalan Mufti Pahang Dedah Kena Sispaa Gara-Gara Ceramah Sentuh Tentang Generasi Strawberi [Video]

LocalOpinion
27 Oct 2026 • 11:01 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Timbalan Mufti Pahang Dedah Kena Sispaa Gara-Gara Ceramah Sentuh Tentang Generasi Strawberi [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial sedutan video ceramah Timbalan Mufti Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin yang menyentuh tentang generasi strawberi.

Menerusi video tular, Badli Shah telah mengaitkan sikap sesetengah golongan muda yang digelar sebagai generasi strawberi.

Ini kerana beliau menyifatkan sikap segelintir kumpulan Gen Z itu sama seperti buah strawberi yang ‘lembik’ dan ‘masam’ dipercayai merujuk kepada perangai mereka yang manja serta tidak boleh berdepan dengan cabaran.

Kenyataan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan mereka.

Timbalan Mufti Pahang Dedah Kena Sispaa Gara-Gara Ceramah Generasi Strawberi

Terbaharu, Badli Shah dalam satu video ceramahnya di YouTube mendedahkan beliau telah mendapat aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa).

Ia susulan kenyataannya ketika program Ceramah Perdana Al-Quran: Inspirasi Pendidikan Dalam Kehidupan pada 1 Oktober lalu yang menyentuh tentang isu generasi strawberi.

“Saya tak ada nak cerita mengenai hal strawberi. Saya jadi menyampah nak cerita tuan-tuan.

“Tuan-tuan tahu saya kena Sispaa tajuk tu? Punyalah teruk masyarakat, saya kena jawab,” dedahnya.

Pihak SUK Beri Masa 3 Hari Jawab Aduan & Beri Penjelasan

Jelas Badli Shah, beliau diberi masa selama tiga hari oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi menjawab aduan tersebut serta menjelaskan sebab beliau menyampai ceramah mengenai isu terbabit.

“Saya diberi masa tiga hari oleh pihak SUK kenapa saya ceramah tajuk itu. Malas cerita,” katanya.

Kekecewaan itu diluahkan oleh beliau dalam Kuliah Dhuha yang diadakan pada 26 Oktober lalu di Masjid Felda Kampung Sertik, Bentong, Pahang.

Tonton video penuh [DI SINI]

Apa Itu Sispaa?

Untuk info, Sispaa merupakan Sistem Pengurusan Aduan Awam yang diwujudkan oleh kerajaan sebagai platform untuk rakyat Malaysia menyalurkan maklum balas seperti aduan, cadangan, penghargaan dan pertanyaan mengenai sektor perkhidmatan awam.

Ia boleh dilakukan menerusi pautan di sini.

Sebelum ini, sedutan video ceramah Badli Shah itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang menyokong namun ada yang berpendapat beliau seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Ini kerana dakwa mereka, seorang penceramah seharusnya menggunakan kata-kata positif serta memahami mengenai kesihatan mental seseorang.

View on Threads
View on Threads

Terdahulu, Badli Shah dalam video ceramah tersebut telah menjelaskan mengenai Allah sebagai pemberi rezeki dalam kehidupan manusia sebelum mengaitkannya dengan sikap segelintir generasi sekarang yang disifatkan manja dan lembik seperti buah strawberi.

“Ini lembik, sikit-sikit healing, sikit-sikit self reward, Kena tegur sikit, toxic workplace. Kerja banyak sikit, burn out. Generasi strawberi. Hidup macam tak ada tuhan.

“Saya gelarkan budak-budak muda ini, jangan marah ye yang muda. Mereka ini (segelintir anak muda) strawberi sangat, lembik.

“Satu lagi strawberi ini kalau nak tanam, tanam dekat Cameron Highlands, tak boleh tanam dekat Kuantan, dia mati.

“Maknanya dia manja. Dahla manja, lembik. Strawberi ni kalau packaging tak betul, tuan-tuan beli di Kea Farm, turun ke bawah, tanah, tak betul packanging, lembik dia.

“Generasi strawberi ini, dia memang lembik macam strawberi. Tak boleh ditekan, salah picit, pecah. Itu yang generasi sekarang ini ‘tuan jangan menekan-nekan’, strawberi!

“Tak boleh kena tekan, tak resilient, fragile, lembik, manja, kena sergah sikit, koyak rabak. Berhenti kerja. Budak sekarang fikir pendek tuan puan,” katanya.

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Tunjuk Jari Tengah & Suruh Diam” – Cikgu Akui ‘Koyak’, Kecewa Dengan Segelintir Murid Gen Alpha

Baca Artikel Berkaitan: 70% Rakyat Malaysia Gembira Di Tempat Kerja, Tapi Stres & Burnout Jadi Cabaran Utama – Kajian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved