Timbalan Pendakwa Raya SPRM ditahan kes dadah, dibebaskan dengan jaminan polis

LocalPolitics
25 Sep 2025 • 2:32 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan berkaitan kes dadah, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Putrajaya, Aidi Sham Mohamed memberitahu, individu terbabit dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir hari ini, lapor Sinar Harian.

Jelasnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan masih menunggu arahan selanjutnya," katanya.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Pendakwa Raya terbabit ditahan reman selama tiga hari sehingga hari ini kerana disyaki memiliki dadah dengan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pegawai berkenaan ditahan oleh polis di rumahnya pada 23 September lalu dan pemeriksaan yang dijalankan polis turut menemui bahan terlarang disyaki dadah.

Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki akan mencadangkan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya TPR terbabit direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan dijalankan.

TPR berkenaan, kata Azam, yang baru sahaja melaporkan diri di suruhanjaya itu minggu lalu adalah pegawai pinjaman dari Jabatan Peguam Negara (AGC) dan insiden berkenaan adalah di luar jangka dan sudah disiasat polis. - 25 September, 2025