Timbalan Premier Sarawak: Laluan ART Pertama Di Samarahan Dijangka Bakal Siap Oktober Ini

15 Jul 2023 • 4:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salah satu laluan ART dijangka siap tidak lama lagi.

Timbalan Premier Sarawak: Laluan ART Pertama Di Samarahan Dijangka Bakal Siap Oktober Ini. Dilaporkan, laluan Autonomous Rapid Transit (ART) pertama di Samarahan dengan jarak lebih 3 kilometer dijangka bakal siap menjelang Oktober tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut beliau, pembinaan laluan melalui Lebuhraya Kuching-Samarahan kini telah siap tiga peratus dan sedang dijalankan serentak dengan penaiktarafan kelima-lima bulatan di kawasan berkenaan kepada persimpangan lampu isyarat.

image is not available
Timbalan Premier Sarawak: Laluan ART Pertama Di Samarahan Dijangka Bakal Siap Oktober Ini. Kredit foto: The Borneo Post

Projek lampu isyarat pula dijangka siap lebih awal

Beliau turut menjelaskan bahawa projek lampu isyarat berkenaan siap 59 peratus lebih awal daripada jadual dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober tahun ini.

Dalam masa yang sama Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan menjelaskan, kerajaan Sarawak telah memutuskan untuk melaksanakan pembinaan secara serentak bagi mengelak kesulitan pengguna jalan raya.

Premier Sarawak juga telah mengarahkankedua-dua projek ini untuk dilakukan secara serentak agar apabila lima persimpangan lampu isyarat siap, laluan untuk ART juga sudah akan siap.

image is not available
Kredit foto: Dayak Daily

Prototaip ART pula akan tiba bulan depan

Sementara itu, pengarah projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching Metro Sarawak Zafrin Zakariah berkata prototaip ART dijangka akan tiba pada bulan depan.

Apabila laluan berkenaan siap pada bulan Oktober ini, sasaran masih mengikut jadual untuk menjalankan pandu uji ART menjelang bulan November, tepat pada sasaran.

Prototaip ART itu akan menjalani ujian kejuruteraan selama dua bulan di The Isthmus pada September dan Oktober sebelum memulakan latihan pembuktian konsep Peringkat 2 di sepanjang laluan pendek Blue Line di Samarahan November ini.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: