Source Foto: Malay Mail
Kelewatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam menjawab permohonan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO tidak perlu dilihat sebagai tindakan politik.
Tindakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilihat sengaja memberi tekanan kepada RoS dengan terus mempertikaikan tanggungjawab badan tersebut.
Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri RoS mempunyai masa sehingga 16 Julai ini untuk meluluskan pindaan parti UMNO.
Sebagai orang No.2 UMNO, saya fikir beliau adalah seorang tokoh politik yang berpengalaman dan sudah tentu tahu tentang proses pentadbiran kerajaan. Beliau seharusnya ‘AKUR’ dan ‘DENGAR’ nasihat Perdana Menteri yang juga daripada UMNO.
Adakah Timbalan Presiden UMNO tidak yakin kepada pindaan perlembagaan tersebut akan diluluskan dan timbul persoalan mengapa ianya perlu ia disegerakan seolah olah UMNO memburu masa?
Ros tidak ada masalah untuk meluluskan permohonan UMNO, tetapi kalau ia tidak bertepatan undang-undang sudah pastilah akan tolak.
Datuk Seri Mohamad Hassan perlu ingat ROS adalah sebuah badan yang bertindak bagi menjaga persatuan, pertubuhan dan parti politik, integriti ROS harus dipertahan agar ia dapat terus berfungsi sebagai sebuah badan yang bebas daripada pengaruh kerajaan memerintah atau orang-orang politik.
Mahathir Hj Mohd Rais adalah Ketua BERSATU Bahagian Segambut (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

