Timbalan Speaker DUN Kelantan kekal walaupun dipecat Bersatu

LocalPolitics
18 Jul 2026 • 10:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Timbalan Speaker DUN Kelantan kekal walaupun dipecat Bersatu
Mohd Amar

KOTA BHARU – Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi kekal memegang jawatan itu walaupun dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak melihat keperluan untuk membuat sebarang perubahan terhadap jawatan berkenaan.

Menurutnya, keputusan mengekalkan atau menggantikan Timbalan Speaker bukan terletak di bawah bidang kuasa Speaker, sebaliknya bergantung kepada kerajaan negeri.

“Setakat ini tidak ada keperluan untuk kami tukar Timbalan Speaker.

“Prestasi beliau sebagai Timbalan Speaker tidak ada apa-apa masalah, jadi kekallah,” katanya kepada pemberita.

Pada Mei lalu, Mohamed Farid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas dipecat daripada Bersatu bersama beberapa pemimpin lain atas alasan melanggar disiplin parti sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Speaker DUN Kelantan.

Mohamed Farid seterusnya dilihat menghadiri Konvensyen Gerakan Reset Malaysia di Tanah Merah yang turut disertai bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bersama beberapa pemimpin parti lain.

Mohd Amar berkata, sebarang keputusan berhubung kedudukan Timbalan Speaker hanya boleh dibuat oleh kerajaan negeri.

“Bukan kuasa Speaker untuk buat keputusan itu. Kalau kerajaan kata hendak tukar, barulah tindakan boleh diambil,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved