Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen berbual ketika sesi bahas

LocalPolitics
25 Oct 2023 • 5:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor (gambar) menegur beberapa Ahli Parlimen yang berbual ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 hari ini.

Ramli membuat teguran itu selepas ada Ahli Parlimen dilihat berborak serta berbual menggunakan telefon bimbit yang disifatkannya tidak menghormati Ahli Parlimen lain yang sedang berbahas.

Ketika Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik) sedang berbahas, Ramli menegur seorang Ahli Parlimen kerana menjawab panggilan telefon bimbit dan ‘sibuk’ berbual menggunakan peranti itu.

“Sampai sini (tempat duduk Yang Dipertua) saya boleh dengar (perbualan)...kalau mustahak sangat, keluarlah (dari dewan). Kita hormatlah orang yang tengah bagi ucapan (berbahas),” katanya.

Terdahulu, Ramli turut menegur beberapa Ahli Parlimen kerana berbual sesama sendiri dan tidak memberikan fokus ketika Mordi Bimol (PH-Mas Gading) sedang berbahas. -Bernama