Timbul Dakwaan Bawa Lelaki Masuk Rumah, Zahnita Tampil Beri Penjelasan – “Kawan Datang Nak Raya Tak Boleh Ke?”

LocalEntertainment
18 Apr 2025 • 4:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan model, Zahnita Wilson tampil mempertahankan diri selepas adik iparnya mendakwa dia telah membawa lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah semasa hari raya pertama pada 31 Mac yang lalu.

Memetik laporan Mstar, Zahnita atau nama lengkapnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkata, lelaki berkenaan yang juga merupakan kenalannya sekadar berkunjung untuk menyambut hari raya.

image is not available

Saya nak ada kawan pun tak boleh? Kawan datang nak beraya tak boleh ke?

 

Bagi saya, semua itu telah disalah anggap.

Dalam pada itu, dia turut mengakui dia menumpang kenderaan lelaki itu untuk ke Kuala Lumpur.

 

Zahnita menjelaskan dia menerima pelawaan rakannya itu memandangkan dia tidak memiliki kenderaan sendiri.

image is not available

Dia tanya nak tumpangkan balik rumah ibu tak? Tiba-tiba di hari kejadian saya kena ‘serang’ oleh adik ipar.

 

Saya keluar rumah sebelum ini sehelai sepinggang, semua sudah diambil. Apabila timbul isu sebegini, ia memenatkan mental saya.

Sebelum ini, suami Zahnita iaitu Abdul Zackery Ghouse mengakui dia terkejut apabila mendapat tahu isterinya membawa lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.

Menurutnya, perkara itu memberi kesan dan menjadi insiden tragik buat anak-anaknya.

image is not available 2 days ago

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah, Suami Akui Terkejut - "Bila Ada Orang Lain, Anak-Anak Pun Mengeluh.."