Timbul Dakwaan Ismail Izzani Hamilkan Wanita Dan Minta Gugurkan Kandungan, Ini Jawapan Ibunya

Entertainment
7 Jun 2023 • 5:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hari ini, kecoh di media sosial individu wanita mendedahkan kelakuan keji seorang selebriti lelaki Malaysia yang memaksa dia menggugurkan kandungan dan tidak mahu bertanggungjawab.

Biarpun wanita tersebut tidak menyebut nama mana-mana pihak, kebanyakkan netizen memetik nama penyanyi serta pelakon, Ismail Izzani.

Menurut laporan mStar, ibu Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam tidak mendiamkan diri dan tampil pertahankan anaknya dan tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana pernah terjadi sebelum ini.

Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul.

Bagaimanapun, menurut laporan mStar, usaha untuk menemubual Ismail Izzani gagal kerana selebriti tersebut tidak menjawab panggilan.

Sekadar info, wanita yang dihamilkan itu ada juga menghubungi ibu bapa selebriti lelaki yang didakwa hamilkannya itu, tetapi kedua-dua memberi respon negatif serta tidak mahu bertanggungjawab.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.