Time Energy Memperkenalkan Perkhidmatan Solar-PV Mereka – Emit Solar

TechnologyDigital
16 Feb 2024 • 4:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dikala dunia sedang bergerak kearah penggunaan tenaga lestari dalam kehidupan seharian, seperti menggunakan kenderaan elektrik, minat terhadap penggunaan tenaga solar di rumah juga semakin meningkat, dan rakyat Malaysia kini mempunyai beberapa pilihan untuk membuat perubahan kepada menggunakan tenaga lestari.

image is not available

Terkini, Time Energy, sebahagian daripada Time Group yang dikenali untuk perkhidmatan internet Time Internet telah memperkenalkan Emit Solar, perkhidmatan Solar-PV (Solar Photovoltaic) mereka. untuk rumah bertanah.

image is not available

Emit Solar tampil dengan sistem solar yang berbeza untuk tiga saiz rumah yang berbeza, dari rumah kecil, sederhana dan juga besar. Para pemilik rumah boleh ke laman web Emit Solar untuk menempah sesi konsultasi sebelum memiih untuk memasang sistem solar ini di bumbung rumah mereka.

Pihak Emit Solar mengatakan bahawa jenis sistem solar yang dipasang juga adalah diantara yang terbaik di pasaran, tetapi hanya akan ditetapkan selepas konsultasi berjaya dilakukan. Dari segi langganan, mereka yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan Emit Solar akan diikat dengan kontrak 5, 7 ataupun 10 tahun dengan bayaran bulanan yang tetap.

image is not available

Kelebihan langganan perkhidmatan sistem solar mereka juga ialah dalam jangka masa pertengahan ke panjang, bil elektrik biasa akan semakin meningkat, tetapi dengan langganan solar, anda dapat menjimatkan wang yang cukup banyak sekali, dan dengan Emit Solar, ia adalah sebanyak RM493 sebulan untuk sebuah rumah yang menggunakan 10kWp tenaga elektrik.

Perkhidmatan tenaga solar Emit Solar ini juga adalah sebahagian daripada program NEM (Net Energy Metering) TNB, dan ini adalah sebahagian besar bagaimana anda dapat menjimatkan bil elektrik bulanan di rumah anda.

Jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan tenaga solar Emit Solar, mereka akan mengendalikan kesemua pendaftaran, pemasangan dan penyelenggaraan sistem solar ini tanpa sebarang bayaran tambahan. Tiga bulan pertama langganan sistem tenaga solar ini adalah percuma, dan anda hanya akan dikenakan bayaran bermula bulan keempat selepas pemasangan. Promosi ini akan berterusan sehingga 31 Mac 2024.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Emit Solar, anda boleh ke laman web mereka di sini.