“Time Sodap Pakcik Hilang Kopiah, Tak Tolak Pun Saya, Munafik!” – Zarina Anjoulie Dedah Perangai Bekas Tunang

20 Feb 2023 • 4:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, Zarina Anjoulie atau mesra dikenali sebagai Anju sempat membuat live meluahkan rasa terkilan terhadap netizen yang melabelnya sebagai kaki kikis susulan isu pagar hingga dia menitiskan air mata.

Bagaimanapun, selebriti wanita tersebut mula berasa berang selepas bekas tunang, Datuk Seri Elzey tidak henti bercakap tentang hal tersebut serta aib-aib yang lain.

 

image is not available

Bukan saja bercerita tentang isu menghadiahkan pagar buat wanita tersebut, malah Elzey mengeluarkan dakwaan cara Anju melayan anak tunggalnya, Mateen serta tentang perselisahan faham ahli keluarga.

Bekas tunangnya itu turut mendedahkan masalah pelakon tersebut yang pernah dihalau keluar dari rumah beberapa kali.

image is not available

Terkilan dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh bekas tunang yang seakan-akan menggambarkan dirinya cuba mengikis harta benda, Anju juga berkongsikan bukti gambar kunci rumah lelaki terbabit yang sempat dimiliki.

Bukan itu saja, pelakon terbabit sempat berkongsikan DM seseorang yang pernah mengenali Elzey dan individu terbabit meluahkan rasa kurang enak selepas mengetahui Anju bercinta dengan lelaki itu tetapi pelakon tersebut tidak mahu berfikir buruk ketika itu.

 

image is not available

Dalam pada masa yang sama, selebriti berusia 35 tahun itu merasakan dirinya seperti dijadikan sebagai bahan konten buat Elzey serta dia turut memberi penjelasan lanjut mengenai isu pemberiaan hadiah pagar itu.

image is not available

image is not available 12 jam lalu

"Saya Tak Pernah Nak!" - Dituduh Kikis Harta, Anju Dedah Terpaksa Tanggung Hutang Kos Hadiah Pagar Lepas Putus