“Tin Kacang Dari Udara Ragut Nyawa Anak Saya”- Kanak-Kanak Gaza Terbunuh Akibat Tin Makanan

WorldPolitics
21 Oct 2024 • 1:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebuah keluarga di tengah Gaza kini dilanda kesedihan selepas seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat bantuan makanan yang dijatuhkan dari udara. Kejadian tragis ini berlaku ketika mereka sedang menikmati sarapan pagi berhampiran khemah perlindungan mereka.

Menurut Sami Ayyad, yang merupakan ahli keluarga mangsa, insiden itu berlaku secara tiba-tiba apabila sebuah pesawat menjatuhkan bantuan berhampiran mereka.

Kami melihat bantuan itu jatuh dan serta-merta berasa ketakutan kerana ia mendarat sangat dekat dengan khemah kami.

Bapa kanak-kanak tersebut, Mahmoud Ayyad, meluahkan kesedihannya yang mendalam. Dia juga mengatakan dia tidak mahu bantuan tersebut, kerana anaknya sudah tiada.

Mereka menjatuhkan bantuan dengan payung terjun dan ia telah meragut nyawa anak kami… untuk apa? Saya tidak mahukan bantuan ini, anak saya sudah tiada.

Selain kanak-kanak malang itu, beberapa ahli keluarga lain turut cedera. Sepupu mangsa mengalami kecederaan di wajah, manakala ibu saudaranya mengalami patah kaki akibat impak bantuan yang dijatuhkan.

Bapa saudara kanak-kanak itu, Mohammed, juga tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila membuka salah satu pakej bantuan yang mengandungi makanan asas.

Anak kami mati untuk kacang! Adakah ini maruah kami? Pek teh? Pek gula?

Menurut datuknya, Sami, mereka cuba mencari perlindungan di khemah sementara berdekatan, namun malangnya sebuah tin makanan jatuh tepat ke atas kanak-kanak itu, menyebabkan kanak-kanak tersebut mati di tempat kejadian.

Tragedi ini menimbulkan persoalan mengenai cara bantuan disalurkan kepada penduduk di kawasan konflik seperti Gaza, serta mengundang rasa simpati dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Awani | CNN