“Tin Kosong, Macam Jakun Dapat Basikal” – TMJ Kritik Pemilik Lamborghini Pandu Cara Berbahaya

31 Jul 2023 • 7:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular beberapa hari yang lalu mengenai beberapa kereta mewah dipercayai sedang melakukan konvoi jalan raya di Lebuh Raya Senai – Desaru, Kota Tinggi Johor sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Setelah video aksi berbahaya itu menjadi viral, pihak polis dilaporkan telah menyita lima buah Lamborghini tersebut dan memulakan siasatan terhadap pemandu terlibat.

Polis juga mendapat kelima-lima pemandu itu negatif ujian dadah dan telah diambil keterangan.

Bukan sahaja ia mendapat reaksi daripada netizen, tetapi video tersebut turut meraih perhatian Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

image is not available

Sumber : Instagram  

Ni orang panggil empty barrel (tin kosong). Always make more noise. Dah macam jakun dapat basikal, turun bukit pun kayuh. Mungkin nak kena ajar macam mana nak hormat orang ramai.

Difahamkan, TMJ menulis komen tersebut di ruangan komen di sebuah platform media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Tak Kesian Kat Anak Ke?" - Isteri Pemain Bola Tempatan Pernah Scam Jual Sofa, Tak Serik Kali Ini Jual Cermin Pula