Tindakan KPWKM terhadap isu 'Abang Bas', GISBH berlandas undang-undang - Nancy

LocalPolitics
19 Sep 2024 • 4:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Nancy Shukri. Foto Bernama

Beliau berkata, pihaknya bersedia sekiranya ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

"Kepada yang nak mengambil tindakan terhadap kami itu terpulang, sekurang-kurang rakyat tahu kita sudah mengambil tindakan untuk menjalankan tugas kita menjaga kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

"Ramai yang bertanya kenapa sibuk dengan isu ‘Abang Bas’ tetapi tutup telinga soal isu GISBH...dalam hal ini GISBH adalah (di bawah) kuasa polis kerana kami bukan agensi utama yang menangkap dan menyiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Penyerahan Tajaan Yayasan Kebajikan Negara dan Bintulu Port Holdings Berhad di lobi Hospital Bintulu di sini pada Khamis.

Menteri itu berkata demikian sebagai mengulas reaksi beberapa pihak yang mempersoal kenyataan serta tindakannya yang dianggap berat sebelah mengenai isu ‘Abang Bas’ dan GISBH.

"Jadi GISBH berbeza daripada ‘Abang Bas’ kerana kita nak pastikan kanak-kanak (dalam hantaran media sosial TikTok) itu dilindungi dan saya tahu banyak badan bukan kerajaan nak tolong kita tapi kita cakap tunggu dulu sebab ini bukan kes biasa,” katanya.

Pada 5 September lepas, seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah atau ‘Abang Bas’ yang merujuk seorang murid perempuan sebagai "crush” dan "kesayangan”.

Susulan itu, Nancy mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved