Tindakan pantas Bomba sandakan kawal kebakaran selamat 340 rumah

7 Jun 2024 • 11:44 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

SANDAKAN: Tindakan pantas dan kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan mengawal kebakaran, berjaya menyelamatkan 340 rumah kayu di Kampung Cenderamata Limbungan, Jalan Batu Sapi di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui bagaimanapun berkata dalam kejadian itu, 13 rumah atas air musnah terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Sepasukan BBP Sandakan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 13 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kebakaran pada 6.05 petang, ketua operasi melaporkan kawasan yang terbakar melibatkan keluasan satu ekar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada pukul 7.17 malam sebelum operasi ditamatkan pada 11.17 malam dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan 111 orang daripada 20 keluarga dipindahkan akibat kejadian tersebut.

“Mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi yang dibuka 8.30 malam tadi. Mereka yang dipindahkan terdiri 60 orang dewasa dan 51 orang kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.