Tindakan pantas LUAS berjaya halang pencemaran bau di Sungai Selangor

16 Jul 2022 • 10:49 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 JULAI: Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) meletakkan 12 beg serbuk karbon teraktif dalam longkang dekat kawasan industri Bandar Bukit Beruntung berjaya menghalang pencemaran bau di Sungai Selangor.

Maklum LUAS, tindakan itu susulan aliran air daripada insiden kebakaran di kawasan industri berkenaan pada jam 4 petang semalam telah memasuki ‘monsoon drain’ yang berpotensi menyebabkan pencemaran di muka sauk Rantau Panjang.

“Anggaran jarak lokasi insiden tersebut ke muka sauk Rantau Panjang adalah 17.76km dengan tempoh perjalanan 12 jam untuk pencemaran sampai ke muka sauk tersebut.

“Langkah-langkah mitigasi susulan dan pemantauan rapi di Sungai Sembah juga Sungai Selangor dilaksanakan oleh LUAS,” kata agensi itu menerusi Facebook.

Susulan itu, setakat jam 7 pagi tadi, bacaan bau di LRA adalah sifar (0) ton dan tiada potensi gangguan kepada operasi LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3.

Sehubungan itu, LUAS akan meneruskan pemantauan dan rondaan rapi di persekitaran kawasan insiden kebakaran bagi memastikan sumber air sentiasa negeri terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved