Tindakan Pantas Mampu Selamatkan Nyawa, Ini Perkara Anda Perlu Buat Jika Digigit Anjing Liar

6 May 2023 • 8:19 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ikut langkah ini untuk mengurangkan risiko

Tindakan Pantas Mampu Selamatkan Nyawa, Ini Perkara Anda Perlu Buat Jika Digigit Anjing Liar. Digigit anjing liar sebenarnya boleh membawa akibat yang serius kerana jika tidak dirawat, ia boleh membawa maut kerana risiko dijangkiti rabies.

Jika anda digigit anjing liar, anda perlu bertindak cepat. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda ambil sekiranya anda digigit anjing liar.

image is not available
Tindakan Pantas Mampu Selamatkan Nyawa, Ini Perkara Anda Perlu Buat Jika Digigit Anjing Liar

Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air

Sebaik sahaja anda digigit anjing, segera basuh bahagian badan yang digigit dengan sabun dan air SEKURANG-KURANGNYA SELAMA 15 MINIT untuk menghilangkan sebarang kesan air liur anjing tersebut.

image is not available
Basuhkan luka dengan air dan sabun selama 15 minit.

Dapatkan rawatan segera

Selepas mencuci dengan sabun dan air, segera pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Beberapa rawatan yang akan diberikan kepada anda adalah pembersihan luka dan suntikan anti-rabies.

image is not available
Anda akan dibagi suntikan anti-rabies sebagai antara rawatan.

Laporkan kepada pihak berkuasa

Laporkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memaklumkan mereka tentang anjing liar di kawasan kejiranan anda. Ini agar mereka boleh menyiasat kejadian itu dan cuba mengesan anjing yang menggigit tersebut, dan membantu menghalang orang lain daripada digigit oleh anjing yang sama.

image is not available
Laporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa tempatan.

Ingat, anjing liar boleh membawa penyakit dan jangkitan yang boleh menjadi sangat serius. Mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin adalah penting untuk memastikan anda menerima rawatan yang betul dan mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin berlaku.

Lagi di sini: