Tindakan pantas orang awam selamatkan premis dua tingkat

22 Jan 2024 • 1:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Tindakan pantas orang awam memadam kebakaran sebuah premis berjaya menyelamatkan sederet premis dua tingkat di Tamparuli Point di sini, jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.32 malam.

Katanya, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dikerah ke lokasi berserta sebuah jentera dan sebuah kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran berjaya dipadam orang awam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat hasil pemeriksaan dan saksi kejadian.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan operasi pemadaman bara api melibatkan sebahagian struktur dan harta benda yang musnah sebanyak 15 peratus,” katanya.

Menurutnya, tindakan orang awam memadam api menggunakan alat pemadam api (APA) dan air berjaya menyelamatkan sederet bangunan premis dua tingkat di lokasi kejadian.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan manakala operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.55 malam,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.