Tindakan rider dipuji, bantu wanita jalan kaki jam 3 pagi cari roti buat anak autism

LocalFamily & Parenting
23 Jan 2025 • 4:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tindakan rider dipuji

Tindakan rider dipuji apabila membantu seorang wanita jalan kaki jam 3 pagi demi mencari roti buat anaknya menghidap autism.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai nxjmxe, dia telah memuat naik video sewaktu terserempak dengan seorang wanita yang menolak stroller anaknya untuk ke kedai pada awal pagi untuk mencari roti.

@nxjmxe

Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage

♬ original sound - nxjmxe. - nxjmxe.

Tindakan rider dipuji, bantu wanita tolak stroller anak pagi2 buta

Ujar rider tersebut, dia terserempak dengan wanita tersebut dan bertanya mengapa dia berada di tepi jalan pada waktu-waktu sebegitu.

Ujarnya, mereka berdua sedang mencari roti dan ternyata roti kegemaran anaknya tiada di kedai yang mereka tuju.

“Pukul 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde.

Gua ape lagi, start motor buat pacak pergi cari roti dekat 7E. Kesian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak,” tulisnya.

Tindakan rider dipuji, tak fikir panjang terus gerak belikan roti

Disebabkan bimbang akan keselamatan wanita dan anaknya itu, rider berkenaan menawarkan diri membantu mencari roti tersebut menggunakan motosikal sehingga menemui roti yang diinginkan.

Jelasnya, kanak-kanak tersebut dilihat gembira menikmati roti tersebut dan menemaninya makan hingga selesai.

Namun, dia tidak menghantar wanita berkenaan hingga ke rumahnya kerana bimbang mereka berasa tidak selesa.

image is not available

Semoga akak tu dilindungi selalu

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan terima kasih diatas bantuan rider berkenaan kepada wanita terbabit.

Ada juga di antara netizen yang mempunyai anak autism memahami mengapa wanita tersebut nekad mencari roti di waktu semua orang sedang tidur walaupun ia mengundang pelbagai risiko.

image is not available

Terima kasih orang baik

image is not available

Allah hadirkan di waktu yang tepat

image is not available

Yang ada anak autism pasti faham situasi macam ni

image is not available

Semoga rider tersebut di beri ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan urusan ibu serta anak terus dipermudah. Terima kasih orang baik.

Sumber: TikTok nxjmxe