Tindakan Syed Saddiq tak jejas kestabilan kerajaan - Ahmad Maslan

Politics
14 Sep 2023 • 3:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan didakwa tidak menjejaskan kedudukan kerajaan dalam usaha memacu ekonomi negara khususnya menarik minat pelabur asing.

KAJANG - Keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan tidak menjejaskan kedudukan kerajaan dalam usaha memacu ekonomi negara khususnya menarik minat pelabur asing.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan mengakui, terdapat pelabur yang ragu-ragu untuk membuat keputusan melabur apabila melihat keadaan politik negara.

Bagaimanapun, beliau yakin, kestabilan politik yang semakin positif menjadikan kerajaan ketika ini terus bertahan.

“Penting untuk industri dan pelabur buat keputusan kerana mereka tidak mahu berlaku perubahan-perubahan dasar yang drastik.

“Jadi separuh pertama tahun ini walaupun ada kestabilan... tetapi ada sedikit penurunan saya kira itulah salah satu puncanya (politik).

“Bila politik stabil tidak akan ada pertukaran kerajaan... percayalah, seorang saja pun (tarik sokongan).

Kita ada 147 ahli Parlimen jadi kerajaan nak berubah pun 112 (kerusi)... punyalah jauh lagi, maka tak akan ada perubahan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Majlis Laporan Pasaran Harta Separuh Pertama Tahun 2023 di sini, pada Khamis.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata demikian ketika menjawab mengenai kemungkinan Laporan Pasaran Harta Separuh Kedua dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih positif. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved