Tindakan tegas menanti jika terlibat kes buli - Mohamad

10 May 2023 • 3:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang beramah mesra dengan tetamu pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia yang diadakan di Wisma Perwira, Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas termasuk hukuman buang kerja boleh dikenakan terhadap mana-mana anggota atau pelatih tentera terlibat dalam kes buli.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan itu boleh diambil jika terbukti berlaku dan ada anggota yang benar-benar terlibat dan tidak mengendahkan larangan dan undang-undang ketika perkhidmatan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaa lima pelatih kursus TUDM dipukul anggota senior ketika menjalani latihan di Pangkalan Udara Kuantan.

Kejadian terbongkar selepas keluarga salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis sebelum ditularkan di Twitter.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved