Tindakan tegas menanti wanita tunai umrah pakai ihram

12 Aug 2022 • 9:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan terhadap seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah berpakaian ihram lelaki. Menurutnya, agensi yang menguruskan umrah wanita terbabit juga akan dikenakan tindakan jika benar dakwaan seperti ditularkan. "Isu ini melibatkan hakam hukum agama," katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya pada Jumaat. Beliau berkata, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melakukan siasatan lanjut terhadap individu tersebut. "Saya juga telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut," katanya. Idris berkata demikian mengulas mengenai rakaman video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita dari Malaysia menunaikan umrah memakai ihram di hadapan Kaabah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved