Tindakan X benarkan pengguna muat naik kandungan lucah, langgar undang-undang – Fahmi

5 Jun 2024 • 8:36 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sebarang kandungan lucah atau pornografi disebarkan di dalam platform media sosial X.

Kenyataan ini berikutan langkah platform X yang mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.

“Ini langgar undang-undang, ia tidak dibenarkan. Oleh itu, kita akan panjangkan pandangan tegas kerajaan dan dasar negara kita kepada pihak X,” katanya.

Beliau yakin, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyuarakan ketegasan ini ketika pertemuan bersama pihak X.

Selain itu, Fahmi turut menegaskan sebarang kandungan negatif, termasuk judi dalam talian, tidak akan dibenarkan di dalam apa jua platform media sosial di negara ini.

Terdahulu, platform media sosial X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, secara rasmi mengubah terma perkhidmatannya dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah. Akibat daripada perubahan ini, pengguna X kini boleh memuat naik kandungan NSFW dengan persetujuan.

Sumber: Buletin TV3

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved