
Wanita kecewa barang dalam troli dicuri
Tinggal Sekejap Troli Luar Kedai, Wanita Ini Kecewa Barang Belian Lesap Sekelip Mata. Satu hantaran tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang wanita meluahkan rasa kecewanya apabila barang beliannya lesap sekelip mata.
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, wanita itu menyatakan bahawa dia hanya meninggalkan barang beliannya di sebuah pasaraya sekejap di luar, namun hilang dan dicuri.

Hanya tinggal sekejap, barang belian dicuri
“Tinggal sekejap je kat luar KK Store, terus hilang. Dahlah ada tudung sekolah anak saya dalam tu, ada ayam, hotdog yang dibeli dan kable telefon saya dalam troli tu.
“Balik rumah saya menangis sebab itu je duit yang saya ada untuk beli barang makan, jajan untuk anak-anak, barang dapur,” luahnya dengan rasa kecewa dan sedih di laman Facebook.
“Lain kali kalau nak curi, cari lah orang kaya, saya ni dahlah kais pagi makan pagi je, tengok barang yang saya beli dah tau saya ni orang susah. Jarang saya dapat puaskan anak dengan membeli jajan untuk mereka,” ujarnya lagi.
Netizen turut bersimpati, malah berkongsi rezeki dengan wanita itu
Bagaimanapun, orang ramai turut bersimpati dengan musibah yang menimpanya itu. Susulan itu, ramai yang berkongsi rezeki atau bersedekah dengannya selepas kejadian itu berlaku.
“Saya dahulukan dengan terima kasih dengan orang yang kongsi rezeki dengan anak-anak saya, banyak sangat dan membuatkan saya terharu,” tulisnya dalam satu lagi hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah Allah gantikan rezeki anak-anak saya berlipat kali ganda. Terima kasih banyak-banyak, saya tidak dapat membalas, tapi saya Cuma dapat mendoakan semoga Allah akan membalas jasa baik atau kebaikan semua,” katanya yang turut bersyukur dengan perkongsian rezeki tersebut.
